Tentang SMKATJ

Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tok Jiring dibuka pada tahun 1953 oleh Tuan Guru Haji Abbas sebagai pengasas dalam bentuk pengajian pondok dengan jumlah pelajarnya seramai 180 orang. Pada tahun 1965, sekolah ini telah diletakkan di bawah Pentadbiran Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu manakala sistem pengajian pondok telah ditukar kepada sistem pengajian agama dan Arab. Tanggal 1 Julai 1977 menjadi tarikh keramat apabila sekolah ini telah diserahkan sepenuhnya kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.


Pada tahun 1982, sekolah ini telah dikategorikan sebagai sekolah Gred A. Dalam sejarahnya selama kira-kira setengah abad, sekolah ini berkembang maju menjadi sebuah institusi pendidikan terkemuka di Terengganu setanding dengan sekolah-sekolah ternama di tanah air.